Nama: Siti Shafinar Bt Mohd Yusoff

Usahawan : Menjadi agen kepada produk kesihatan iaitu Shaklee dan minyak aroma terapi Najah dan Najeehah

Ahli : April 2018

Latar belakang - Puan Siti Shafinar menjalankan perniagaan ini secara sambilan pada mulanya, kerana ketika itu Puan Siti Shafinar merupakan seorang guru tadika, tetapi kini beliau menjalankan perniagaan secara sepenuh masa mengunakan media sosial untuk mempromosi produknya. Hampir 2 tahun beliau terlibat dalam bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM100 – RM500sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.

Nama: Nazliza Bt Che Roos

Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasakan bidang makanan iaitu perniagaan puding yang dikenali sebagai Manisan Qaseh Danifa

Ahli : Feb 2019

Latar belakang - Puan Nazliza merupakan pengasas kepada perniagaan Manisan Qaseh Danifa yang bermula sejak tahun 2013, pelbagai jenis manisan puding dalam pelbagai bentuk dan rasa mengikut permintaan pelanggan dihasilkan oleh Puan Nazliza. Suri rumah yang suka berkebun ini juga sangat bijak dalam menghasilkan puding kerana ianya mendapat sambutan baik dikawasan setempat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM200 – RM500sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.

Nama: Basiroh Bt Abd Razak

Usahawan : Menjual kuih muih tradisi dan lauk pauk masakan melayu pada setiap pagi di Pekan Merbau Pulas, pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak, rendang, ayam masak merah, masak kicap dan pelbagai lagi juadah yang enak. Selain menjual pada waktu pagi, puan basiroh juga menerima tempahan dari pelbagai agensi untuk sebarang majlis. Beliau juga menjual dibazar ramadhan ketika bulan puasa.

Ahli : Okt 2017

Latar belakang: Puan Basiroh merupakan seorang penjual makanan berlauk dan kuih muih, membuat perniagaan secara kecil-kecilan sudah leih dari 5 tahun, pernah bekerja dikantin kilang, pengalaman yang telah lama dalam bidang masakan digunakan untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000– RM2000.

Nama: Basiroh Bt Abd Razak

Usahawan : Puan Intan Juliana juga menjual ank cendol dan menerima tempahan cendol untuk majlis sepeti perkahwinan dan kesyukuran. Beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang terdekat

Ahli : Feb 2018

Latar belakang: Puan Intan Juliana, pada mualanya seorang suri rumah, kebolehan membuat cendol digunakan sebagai peluang untuk menjana pendapatan sampingan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga, perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan ini kini telah banyak mebantu beian dan keluarga.  Kedai cendol turut dibuka bagi memudahkan pelanggan membeli dan membuat tempahan cendol. Premis cendol yang baru kini dalam pengubahsuaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau  dalam  perniaaan lingkungan RM500 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, pages FB dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM1500  ke atas.

Nama: Muhammad Faris Bin Hair Amer

Umur:  14 Tahun

Ahli : Jun 2017

Latar belakang

Muhammad Faris Bin Hair Amer 14 tahun, berasal dari Kg Beka, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.karangan. Anak sulong dari 4 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
  • Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
  • Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
  • Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
  • Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang
  • .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  • Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
  • Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
  • Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Faris hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Faris di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
  • Faris lebih bersemangat nak menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.