Nama: Nurul Sakinah Bt Ahmad

Usahawan : Menjual kuih muih tradisi dan produk kampung seperti buahan-buahan bermusim seperti durian, pekasam disamping menjual daging secara kecil-kecilan.

Ahli : 2018

Latar belakang :Puan Nurul Sakinah merupakan seorang suri rumah, membuat perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu suami, mengambil tempahan membuat kuih-kuih tradisi dan biskut raya, selain itu Puan Nurul Sakinah juga membantu suami menjual daging segar dan membuat ikan gelama masam untuk dijual, Menjalankan perniagaan lebih 3 tahun dan dipasarkan ke kawasan sekitar Merbau Pulas sahaja

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM100 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.