Nama: Basiroh Bt Abd Razak
Usahawan : Menjual kuih muih tradisi dan lauk pauk masakan melayu pada setiap pagi di Pekan Merbau Pulas, pelbagai jenis masakan seperti nasi lemak, rendang, ayam masak merah, masak kicap dan pelbagai lagi juadah yang enak. Selain menjual pada waktu pagi, puan basiroh juga menerima tempahan dari pelbagai agensi untuk sebarang majlis. Beliau juga menjual dibazar ramadhan ketika bulan puasa.
Ahli : Okt 2017
Latar belakang: Puan Basiroh merupakan seorang penjual makanan berlauk dan kuih muih, membuat perniagaan secara kecil-kecilan sudah leih dari 5 tahun, pernah bekerja dikantin kilang, pengalaman yang telah lama dalam bidang masakan digunakan untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000– RM2000.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/431-keusahawanan-q4-2018-basiroh-bt-abd-razak#sigFreeId21f1b93852