Nama: Basiroh Bt Abd Razak

Usahawan : Puan Intan Juliana juga menjual ank cendol dan menerima tempahan cendol untuk majlis sepeti perkahwinan dan kesyukuran. Beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang terdekat

Ahli : Feb 2018

Latar belakang: Puan Intan Juliana, pada mualanya seorang suri rumah, kebolehan membuat cendol digunakan sebagai peluang untuk menjana pendapatan sampingan bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga, perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan ini kini telah banyak mebantu beian dan keluarga.  Kedai cendol turut dibuka bagi memudahkan pelanggan membeli dan membuat tempahan cendol. Premis cendol yang baru kini dalam pengubahsuaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau  dalam  perniaaan lingkungan RM500 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, pages FB dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM1500  ke atas.