Nama: Puan Hardila Bt Harun
Usahawan : Menjalankan perniagaan dalam talian produk-produk kesihatan dan kecantikan, merupakan mini stokis Camar Haryan yang menjual produk seperti Jus Aduka, Jus Reda, Jus Dara Kencang, Minuman Kesihatan Granola, Inai Merah Delima dan produk kecantikan kulit. Puan Hardila juga membantu suami mempromosikan servis menjual kereta.
Ahli : Sep 2018
Latar belakang: Puan Hardila merupakan seorang Pegawai Jabatan sumber manusia di sebuah kilang yang terletak di Kuala Ketil yang menjalankan perniagaan membuat Pewter lebih dari 10 tahun Puan Hardila berkerja dikilang tersebut, minat untuk meniaga telah ada dalm dirinya ditambah pula suaminya seorang penjual kereta di Kuala Ketil, Melalui seorang kenalan suaminya Puan Hardila terlibat menjadi ejen untuk produk keluaran Camar Haryan, dari seoarng ejen kini beliau telah berjaya menjadi mini stokis dalam masa kurang setahun
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam perniaaan lingkungan RM500 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 ke atas.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId6d812cd203
Nama: Nurul Sakinah Bt Ahmad
Usahawan : Menjual kuih muih tradisi dan produk kampung seperti buahan-buahan bermusim seperti durian, pekasam disamping menjual daging secara kecil-kecilan.
Ahli : 2018
Latar belakang :Puan Nurul Sakinah merupakan seorang suri rumah, membuat perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu suami, mengambil tempahan membuat kuih-kuih tradisi dan biskut raya, selain itu Puan Nurul Sakinah juga membantu suami menjual daging segar dan membuat ikan gelama masam untuk dijual, Menjalankan perniagaan lebih 3 tahun dan dipasarkan ke kawasan sekitar Merbau Pulas sahaja
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM100 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId49f1d8440c
Nama: Naqiuddin Alif Bin Zainal
Umur: 13 Tahun
Ahli : Okt 2017
Latar belakang
Naqiuddin Alif Bin Zainal, 13 tahun,berasal dari Kg Bukit Banjir, Merbau Pulas,Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan. Anak ketiga dari 3 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PIM, Naqiuddin hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PIM, Naqiuddin di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
Naqiuddin lebih bersemangat nak menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PIM akan turut disertai
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeIdf5e87bef78
Nama: Muhammad Arif Fahmi Bin Hassan
Umur: 12 Tahun
Ahli : Sep 2017
Latar belakang
Muhammad Arif Fahmi Bin Hassan 12 tahun, berasal dari Kg Beka, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas. Anak keenam dari 7 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Arif Fahmi hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Arif Fahmi di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
Arif Fahmi lebih bersemangat nak menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId05c79f4a89
Nama: Cik Rosnani
Usahawan : Perniagaan berasaskan kepada penjualan makanan seperti tempahan catering (nasi berlauk, cendol, makanan panas dan lain-lain) makanan frozen seperti kuih muih dan juga gerai jualan seperti bazar Ramadhan dan gerai di depan sekolah. D’nanie Catering telah bertapak selama 4 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang :Sebelum menjalankan perniagaan dalam bidang makanan Cik rosnani bekerja di kilang yang berasaskan industry pemakanan di Kuala Ketil, dia bertugas sebagai salah seorang orang kuat dikilang tersebuat dari bahagian pemasaran hinggalah ke bidang R&D, tetapi disebabkan masalah ekonomi, kilang tersebut mengalami masalah kewangan menyebabkan Cik Rosnani mengambil VSS dan duit dari hasil VSS dan pengalaman yang ada digunakan untuk mengusakan pernigaan dalam bidang berasaskan makanan, maka dari situ D’nanie Catering ditubuhkan. Bermula dengan gerai jualan goring pisang kemudian mengambil tempahan untuk majlis, membuka bazar dan pelbagai lagi bidang melibatkan makanan diterokai beliau
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam lingkungan RM1000 – RM1500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pages sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2500.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId5dd1a7444e