Nama: Nazliza Bt Che Roos
Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasakan bidang makanan iaitu perniagaan puding yang dikenali sebagai Manisan Qaseh Danifa
Ahli : Feb 2019
Latar belakang - Puan Nazliza merupakan pengasas kepada perniagaan Manisan Qaseh Danifa yang bermula sejak tahun 2013, pelbagai jenis manisan puding dalam pelbagai bentuk dan rasa mengikut permintaan pelanggan dihasilkan oleh Puan Nazliza. Suri rumah yang suka berkebun ini juga sangat bijak dalam menghasilkan puding kerana ianya mendapat sambutan baik dikawasan setempat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM200 – RM500sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/515-keusahawanan-q1-2019-nazliza-bt-che-roos#sigFreeId72421e2292