Tarikh   : 09 November 2024

Masa    : 10.00 am - 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Kelas kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi e-sukan sebagai satu bidang kerjaya yang semakin berkembang. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk membuka minda peserta tentang peluang yang tersedia dalam industri e-sukan, serta memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam mengenai cabang-cabang kerjaya yang berkaitan dengan e-sukan. 

Aktiviti

Peserta akan mendengar podcast yang disediakan oleh NADI Malaysia yang membincangkan topik mengenai e-sukan, termasuk peluang kerjaya, perkembangan industri, serta pengalaman dan pandangan profesional dalam bidang ini. Antara impak positifnya adalah dengan mengetahui lebih banyak tentang kerjaya dalam e-sukan, peserta akan lebih bersedia untuk merancang langkah seterusnya dalam mengejar minat dan bakat mereka dalam bidang ini. Peserta akan sedar bahawa e-sukan bukan sahaja tentang bermain permainan video, tetapi juga mencakup banyak bidang seperti pengurusan, pemasaran, penganjuran acara, penstriman, dan banyak lagi. Dengan berakhirnya episod pertama kelas kesedaran ini, diharapkan peserta dapat melihat e-sukan bukan sahaja sebagai satu bentuk hiburan, tetapi juga sebagai bidang yang serius dan penuh dengan peluang kerjaya.

Galeri Foto