Nama: Norashikin Binti Othman
Usahawan :Menjalankan perniagaan dalam talian pada mulanya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan, pernah menjual dipasar pagi dan malam dan kini telah memiliki kedai sendiri yang diberi nama Lyana Beauty Shop.
Ahli : 28 Okt 2017
Latar belakang
Puan Shikin merupakan seorang peniaga yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan serta kesihatan bermula dipasar pagi kemudian belajar memasarkan produk jualannya di atas talian. Mengunakan platform sosial media seperti Facebook, whatsaap untuk meniaga. Kini Puan Shikin boleh berbangga dengan kejayaan beliau kerana telah Berjaya membuka sebuah kedai kosmetik sendiri di Pekan Merbau Pulas yang diberi nama Lyana Shop Beauty.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam perniagaan lingkungan RM1000-2000 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 ke atas. Beliau juga aktif mempelajari teknik pemasaran bersama-sama sifu pemasaran dalam media sosial.
Nama: Salimah Binti Abdullah
Usahawan :Menjalankan perniagaan dalam talian berasaskan makanan, mengambil tempahan makanan basah seperti sate, laksam dan kini Puan Salimah turut berjinak-jinak menjual pokok herba di atas talian mengunakan platform shopee antara pokok yang dijual temulawak, kunyit kampung dan pokok bunga kantan.
Ahli : 19 Sept 2020
Latar belakang
Puan Salimah Binti Abdullah merupakan seorang engineer di sebuah syarikat berkaitan pembuatan di Pulau Pinang, beliau mula cuba menceburi bidang perniagaan semasa negara dilanda krisis Covid 19 yang melanda negara pada tahun 2020. Walaupun masih baru dalam bidang ini tetapi hasil jualannya mampu menampung kos sara diri kesan akibat covid 19. Beliau memilih untuk belajar di PI Merbau Pulas bagi menambah ilmu berkaitan penjualan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM 200– RM300 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, Shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300– RM500.
Nama: Sashaa A/P Sugumar
Umur: 12 Tahun
Ahli : 28 Ogos 2020
Latar belakang
Sashaa A/P Sugumar 12 tahun, berasal dari Taman Haji Muslim, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Pekaka. Janani anak kedua dari 3 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Sashaa hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Janani di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
- Janani lebih bersemangat dan menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, excel dan power point selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.
Nama: Nurqaseh Qalisya Qaisara
Umur: 10 Tahun
Ahli : 10 Nov 2018
Latar belakang
NurQaseh Qalisya Qaisara, berasal dari Kg Permatang Derian, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Jemerli. Qalisya anak kedua dari 4 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Qalisya hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Qalisya di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
- Qalisya lebih bersemangat dan menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, excel dan power point selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.
Nama: Puan Hardila Bt Harun
Usahawan:Menjalankan perniagaan dalam talian produk-produk kesihatan dan kecantikan, merupakan stokis kepada pelbagai jenis produk jenis kesihatan dan kecantikan. Kini beliau juga merupakan Pengasas kepada two way cake Lynn Harun.
Ahli : 6 Sept 2017
Latar belakang
Puan Hardila merupakan bekas Pegawai Sumber Manusia disebuah kilang membuat pewter di Kuala Ketil. Krisis ekonomi yang berlaku kini meyebabkan kilangnya tempat beliau bekerja sebelum ini terpaksa ditutup. Beliau sebelum ini merupakan seorang Master stokis pada produk keluaran Rose Anggun tetapi kini telah Berjaya menjadi Pengasas kepada produk kecantikan sendiri di bawah jenam Lynn Harun. Produk pertama beliau ialah bedas asas atau two way cake.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam perniagaan lingkungan RM2000 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 ke atas. Beliau juga aktif mempelajari teknik pemasaran bersama-sama sifu pemasaran dalam media sosial.