Nama: Siti Shafinar Bt Mohd Yusoff
Usahawan : Menjadi agen kepada produk kesihatan iaitu Shaklee dan minyak aroma terapi Najah dan Najeehah
Ahli : April 2018
Latar belakang - Puan Siti Shafinar menjalankan perniagaan ini secara sambilan pada mulanya, kerana ketika itu Puan Siti Shafinar merupakan seorang guru tadika, tetapi kini beliau menjalankan perniagaan secara sepenuh masa mengunakan media sosial untuk mempromosi produknya. Hampir 2 tahun beliau terlibat dalam bidang ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM100 – RM500sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/516-keusahawanan-q1-2019-siti-shafinar-bt-mohd-yusoff#sigFreeId545b58cdff