Nama: Siti Ramlah Bt Abdul Aziz
Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang makanan iaitu mengusahakan aiskrin secara homemade dibawah jenama Papa Choice Enterprice, pelbagai jenis perisa aiskrim dhasilkan, seperti durian,coklat, vanilla, jagung dan lain-lain. Selain itu juga Puan Siti Ramlah menghasilkan popcorn homemade dan menjual produk kecantikan dan kesihatan seperti pewangi kereta, pewangi badan,minuman kesihatan dan pelbagai produk lagi. Hampir 5 tahun menjalankan perniagaan. Menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti sambutan hari lahir, perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain.
Ahli : 14 May 2019
Latar belakang
Puan Siti Ramlah merupakan seorang usahawan yang menjalan perniagaan secara online dan offline di premisnya yang terletak di Padang serai. Bukan sahaja merupakan usahawan dalam bidang makanan dengan menghasilkan aiskrim homemade tetapi juga menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM1500– RM2500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 3000– RM4000.
Nama: Umi Mashitah Bt Razali
Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang makanan, beliau menghasilkan biskut Mazola secara homemade,simpul kasih, acar limau dan beberapa jenis lagi produk berasaskan makanan ringan.
Ahli : 28 OKT 2017
Latar belakang
Puan Umi Mashitah merupakan seorang suri rumah yang membuat perniagaan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga, beliau terlibat dalam perniagaan menjual produk berasakan makanan, biskut Mazola ketagih beliau menjadi pilihan utama pengemar Mazola dikawasan ini dan sekitar kerana keenakan biskut yang dihasilkan. Selain dari Mazola Puan Umi juga menjual acar limau dan kuih simpul kasih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800– RM1500.
Nama: Muhd Irfan Bin Ahmadi
Umur: 13 Tahun
Ahli : 27 Jan 2018
Latar belakang
Mohd Irfan 13 tahun, berasal dari Kg Beka, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Men Keb Sg Karangan . Anak kedua dari 3 orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Irfan hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Irfan di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
- Irfan lebih bersemangat nak menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.
Nama: Thanusha A/P Devaraj
Umur: 11 Tahun
Ahli : 17 Nov 2017
Latar belakang
Thanushaa A/P Devaraj 11 tahun, berasal dari Taman Orkid, Kuala Ketil, Kedah. Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Batu Pekaka . Thanushaa anak ke 4 dari 4 orang adik beradik dan mempunyai kembar bernama Thanush.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak tahu caru untuk membuka “Microsoft Office” seperti “Word” dalam PC.
- Tidak tahu cara untuk menaip,mengedit gambar melalui “Microsoft Word”
- Tiada tahu menggunakan enjin cari seperti “Google” dan akses pada laman web digunakan untuk pembelajaran.
- Tiada pengetahuan asas mengunakan komputer seperti menyimpan data dan maklumat.
- Tidak tahu membuat poster secara online mengunakan aplikasi dilaman sesawang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sudah tahu cara mengunakan komputer secara asas, contoh seperti menyimpan maklumat dan hasill kerja yang dilakukan.
- Sudah tahu asas menaip dan pengunaan “Microsoft Word”
- Sebelum mengikuti kelas dengan petugas PI, Irfan hanya tahu akses internet ke laman web seperti You Tube sahaja, tetapi selepas mengikuti kelas di PI, Thanushaa di beri pendedahan cara mengunakan internet dengan betul dan untuk pembelajaran contohnya kelas menaip, mengedit gambar dan mengunakan You Tube untuk medium pembelajaran.
- Thanushaa lebih bersemangat nak menunjukkan perkembangan positif dalam mengunakan asas komputer seperti Word, selain itu setiap kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI akan turut disertai.
Nama: Norlaila bt Mokhtar
Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang kesihatan dan kecantikan , Puan Nor Laila Mokhtar merupakan agen kepada Jus Kunyit Malika, Jus Booster Malika, Makanan Kesihatan Minda Soleh . Puan Norlaila Juga menjual ais krim Malaysia.
Ahli : 14 okt 2017
Latar belakang - Puan Norlaila Bin Mokhtar merupakan seorang suri rumah yang membuat perniagaan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga, beliau terlibat dalam perniagaan menjual produk kecantikan dan kesihatan seperti mida soleh dan jamu Malika.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM400 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800– RM1000.