Nama: Puan Idamazayu Binti Idris
Usahawan : Gerai jualan air yang dikenali sebagai Mummy Ida’s Corner
Ahli : 2018
Latar belakang : Puan Idamazayu merupakan seorang kakitangan kerajaan bekerja di Klinik Kesihatan Merbau Pulas, telah memulakan perniagaan pada dua tahun lepas, pada mulanya perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan dihadapan rumah, memandangkan perniagaannya mendapat sambutan yang baik, dia telah membuka gerai di kawasan Pekan Merbau Pulas nak menambah beberapa menu baru yang tengah tular seperti milo ais kepal
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan gerai beliau dalam lingkungan RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pages sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000– RM1500
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=45#sigFreeId39ad317c24
Nama: Puan Rogayah Bt Hj Ismail
Usahawan : Tukang Baju
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Rogayah Bin Haji Ismail, umurnya 42 tahun beliau berasal dari Kampung Bukit Chong,Merbau Pulas, dan mempunyai anak seramai lima orang dan merupakan seorang surirumah tangga. Walaupun beliau seorang ibu yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga namun beliau sentiasa tidak pernah melupakan bakat yang terpendam dalam dirinya, iaitu menjahit.Beliau merupakan seorang tukang jahit yang mengambil tempahan yg dekat sahaja iaitu dari jiran-jiran sekampung keluarga dan kawan-kawan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam lingkungan RM100 – Rm300 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas dan kawasan sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook & media social yang lain sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300– RM600. Beliau sering merujuk kepada petugas untuk menambahkan idea dalam perancangan strategi pernigaan dan memajukan perniagaan
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=45#sigFreeId5a1cfc5ebb
Nama: Puan Noraziah binti Zakariah
Usahawan : Menjual Burger
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Noraziahi telah memulakan perniagaan menjual makanan panas seperti burger dan secara kecil-kecilan bermula lima belas tahun yang lepas,.Mempunyai Gerai makan yang dikenali sebagai Chik Nora Burger dan merupakan seorang usahawan perniagaan Burger di kawasan Merbau pulas.Gerai Chik Nora Burger ini terletak di kawasan Pekan Merbau Pulas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam lingkungan RM350 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM800.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=45#sigFreeId0b46585ea5
Nama: Puan Azinda Binti Zainon
Usahawan : Kedai Kek dan Roti
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Azinda telah memulakan perniagaan pembuatan kek dan roti sejak 2 tahun lepas secara kecil-kecilan,pada mulanya perniagaan ini dijalankan dirumah sahaja dengan mengambil tempahan jiran terdekat seterusnya telah berjaya menyewa kedai kecil dikawasan Merbau Pulas pada awal tahun ini, beliau juga seterusnya menyediakan ruang niaga untuk vendor atau usahawan setempat memasarkan produk mereka.
Kini perniagaan beliau semakin berkembang dibawah bimbingan dan bantuan PIM Merbau pulas, dahulunya menyewa di kedai yang agak sempit dan ruang yang terhad, tetapi kini beliau telah mampu dan berjaya menyewa di lot kedai yang lebih besar dan sempurna berdekatan dengan PI1M Merbau Pulas, yang lebih membanggakan lagi perniagaan, beliau kini bukan sahaja tertumpu dalam bidang bakeri sahaja tetapi juga ruang kedai barunya dijadikan sebagai kelas untuk golongan wanita melakukan aktiviti aerodance dan taekwondo bagi kanak-kanak & remaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam lingkungan RM900 – RM1200 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas dan kawasan sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook & media social yang lain sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2200. Beliau sering merujuk kepada petugas untuk menambahkan idea dalam perancangan strategi pernigaan dan memajukan perniagaan.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=45#sigFreeIdc8d5596b19
Nama: Puan Fazliani Binti Othman
Usahawan : Menjual Makanan dan Perniagaan Kuiz Frozen
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Fazliani telah memulakan perniagaan menjual makanan panas dan frozen secara kecil-kecilan bermula setahun yang lepas, mewarisi kepakaran ibunya dalam bidang memasak, ini kerana sebelum ini ibu beliau juga merupakan tukang masak dan mengambil tempahan katering untuk majlis-majis seperti kenduri kesyukuran, jamuan kilang dan sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau dalam lingkungan RM850 – RM1200 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2000.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=45#sigFreeIda684fbf98b