Nama: Puan Azinda Binti Zainon

Usahawan : Kedai Kek dan Roti

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Azinda telah memulakan perniagaan pembuatan kek dan roti sejak 2 tahun lepas secara kecil-kecilan,pada mulanya perniagaan ini dijalankan dirumah sahaja dengan mengambil tempahan jiran terdekat seterusnya telah berjaya menyewa kedai kecil dikawasan Merbau Pulas pada awal tahun ini, beliau juga seterusnya menyediakan ruang niaga untuk vendor atau usahawan setempat memasarkan produk mereka.

Kini perniagaan beliau semakin berkembang dibawah bimbingan dan bantuan PIM Merbau pulas, dahulunya menyewa di kedai yang agak sempit dan ruang yang terhad, tetapi kini beliau telah mampu dan berjaya menyewa di lot kedai yang lebih besar dan sempurna berdekatan dengan PI1M Merbau Pulas, yang lebih membanggakan lagi perniagaan, beliau kini bukan sahaja tertumpu dalam bidang bakeri sahaja tetapi juga ruang kedai barunya dijadikan sebagai kelas untuk golongan wanita melakukan aktiviti aerodance dan taekwondo bagi kanak-kanak & remaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau dalam lingkungan RM900 – RM1200 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas dan kawasan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook & media social yang lain sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2200. Beliau sering merujuk kepada petugas untuk menambahkan idea dalam perancangan strategi pernigaan dan memajukan perniagaan.