Nama: Puan Fazliani Binti Othman

Usahawan : Menjual Makanan dan Perniagaan Kuiz Frozen

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Fazliani telah memulakan perniagaan menjual makanan panas dan frozen secara kecil-kecilan bermula setahun yang lepas, mewarisi kepakaran ibunya dalam bidang memasak, ini kerana sebelum ini ibu beliau juga merupakan tukang masak dan mengambil tempahan katering untuk majlis-majis seperti kenduri kesyukuran, jamuan kilang dan sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau dalam lingkungan RM850 – RM1200 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2000.