Nama: Puan Rogayah Bt Hj Ismail

Usahawan : Tukang Baju

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Rogayah Bin Haji Ismail, umurnya 42 tahun beliau berasal dari Kampung Bukit Chong,Merbau Pulas, dan mempunyai anak seramai lima orang dan merupakan seorang surirumah tangga. Walaupun beliau seorang ibu yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga namun beliau sentiasa tidak pernah melupakan bakat yang terpendam dalam dirinya, iaitu menjahit.Beliau merupakan seorang tukang jahit yang  mengambil tempahan yg dekat sahaja iaitu dari jiran-jiran sekampung keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau dalam lingkungan RM100 – Rm300 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar Merbau Pulas dan kawasan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook & media social yang lain sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300– RM600. Beliau sering merujuk kepada petugas untuk menambahkan idea dalam perancangan strategi pernigaan dan memajukan perniagaan