Nama: Nurul Aidah Binti Abu Seman
Usahawan :Perniagaan yang diceburi adalah berasaskan bidang kecantikan dan kesihatan, beliau menjadi agent untuk produk keluaran Cik Siti Bidan Kampung dan juga Azra Empire.
Ahli : 20 Jun 2020
Latar belakang
Puan Aida seorang pendidik yang bertugas mengajar di PASTI Merbau pulas, sebelum ini beliau jarang mengunakan plaftform sosial media hanya berkongsi sekali sekala resepi dan gambar keluarga dihari raya dalam media sosial. Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan dan pernigaan online selepas negara menjalani tempoh kawalan pergerakan (PKP) kerana dalam tempoh PKP pendapatan bulanan terjejas dan dia belajar selok belok perniagaan bermula Jun 2020 melalui bantuan Pusat Internet dengan menjual jamu dan serum kecantikan bagi membantu mengurangkan bebanan suaminya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM200– RM500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan sekitar dan kampungnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500– RM2500.