Nama: Norashikin Binti Othman

Usahawan :Menjalankan perniagaan dalam talian pada mulanya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan, pernah menjual dipasar pagi dan malam dan kini telah memiliki kedai sendiri yang diberi nama Lyana Beauty Shop.

Ahli : 28 Okt 2017

Latar belakang

Puan Shikin merupakan seorang peniaga yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan serta kesihatan bermula dipasar pagi kemudian belajar memasarkan produk jualannya di atas talian. Mengunakan platform sosial media seperti Facebook, whatsaap untuk meniaga. Kini Puan Shikin boleh berbangga dengan kejayaan beliau kerana telah Berjaya membuka sebuah kedai  kosmetik sendiri di  Pekan Merbau Pulas yang diberi nama Lyana Shop Beauty.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau  dalam  perniagaan lingkungan RM1000-2000 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 ke atas. Beliau juga aktif mempelajari teknik pemasaran bersama-sama sifu pemasaran dalam media sosial.

 

nor 1.jpgnor 4.jpgnor 2.jpg