Nama: Salimah Binti Abdullah

Usahawan :Menjalankan perniagaan dalam talian berasaskan makanan, mengambil tempahan makanan basah seperti sate, laksam dan kini Puan Salimah turut berjinak-jinak menjual pokok herba di atas talian mengunakan platform shopee antara pokok yang dijual temulawak, kunyit kampung dan pokok bunga kantan.

Ahli : 19 Sept 2020

Latar belakang

Puan Salimah Binti Abdullah merupakan seorang engineer di sebuah syarikat berkaitan pembuatan di Pulau Pinang, beliau mula cuba menceburi bidang perniagaan semasa negara dilanda krisis Covid 19 yang melanda negara pada tahun 2020. Walaupun masih baru dalam bidang ini tetapi hasil jualannya mampu menampung kos sara diri kesan akibat covid 19. Beliau memilih untuk belajar di PI Merbau Pulas bagi menambah ilmu berkaitan penjualan online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM 200– RM300 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, Shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300– RM500.

 

sa 1.jpgsa 2.jpgsa 3.jpg