Nama: Puan Hardila Bt Harun

Usahawan:Menjalankan perniagaan dalam talian produk-produk kesihatan dan kecantikan, merupakan stokis kepada pelbagai jenis produk jenis kesihatan dan kecantikan. Kini beliau juga merupakan Pengasas kepada two way cake Lynn Harun.

Ahli : 6 Sept 2017

Latar belakang

Puan Hardila merupakan bekas  Pegawai Sumber Manusia disebuah kilang membuat pewter di Kuala Ketil. Krisis ekonomi yang berlaku kini meyebabkan kilangnya tempat beliau bekerja sebelum ini terpaksa ditutup. Beliau sebelum ini merupakan seorang Master stokis pada produk keluaran Rose Anggun tetapi kini telah Berjaya menjadi Pengasas kepada produk kecantikan sendiri di bawah jenam Lynn Harun. Produk pertama beliau ialah bedas asas atau two way cake. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau  dalam  perniagaan lingkungan RM2000 lebih sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan perumahan.dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 ke atas. Beliau juga aktif mempelajari teknik pemasaran bersama-sama sifu pemasaran dalam media sosial.

dila 1.jpgdila 2.jpgdila 3.jpg