Nama: Umi Mashitah Bt Razali

Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang makanan, beliau menghasilkan biskut Mazola secara homemade,simpul kasih, acar limau dan beberapa jenis lagi produk berasaskan makanan ringan.

Ahli : 28 OKT 2017

Latar belakang

Puan Umi Mashitah merupakan seorang suri rumah yang membuat perniagaan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga, beliau terlibat dalam perniagaan menjual produk berasakan makanan, biskut Mazola ketagih beliau menjadi pilihan utama pengemar Mazola dikawasan ini dan sekitar kerana keenakan biskut yang dihasilkan. Selain dari Mazola Puan Umi juga menjual acar limau dan kuih simpul kasih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800– RM1500.

ddd.jpgfff.jpgsss.jpg