Nama: Siti Ramlah Bt Abdul Aziz

Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang makanan iaitu mengusahakan aiskrin secara homemade dibawah jenama Papa Choice Enterprice, pelbagai jenis perisa aiskrim dhasilkan, seperti durian,coklat, vanilla, jagung dan lain-lain. Selain itu juga Puan Siti Ramlah menghasilkan popcorn homemade dan menjual produk kecantikan dan kesihatan seperti pewangi kereta, pewangi badan,minuman kesihatan dan pelbagai produk lagi. Hampir 5 tahun menjalankan perniagaan. Menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti sambutan hari lahir, perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain.

Ahli : 14 May 2019

Latar belakang

Puan Siti Ramlah merupakan seorang usahawan yang menjalan perniagaan secara online dan offline di premisnya yang terletak di Padang serai. Bukan sahaja merupakan usahawan dalam bidang makanan dengan menghasilkan aiskrim homemade tetapi juga menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM1500– RM2500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 3000– RM4000.

 

12.jpg33.jpg