Nama: Siti Nor Ainun Bt Mohamad

Usahawan : Menjadi agen kepada produk kesihatan Drskinz yang mengeluarkan produk minyak zaitun dan habatussauda, selain itu menjual nasi kerabu, nasi dagang dan mengambil tempahan makanan untuk sebarang majlis

Ahli : Jan 2019

Latar belakang - Puan Siti Nor Ainun  seorang peniaga yang terlibat dalam bidang masakan, membuat nasi kerabu, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi berlauk mengikut tempahan pelanggan, sebelum ini beliau ade membuka gerai untuk sarapan pagi dengan menjual roti canai dan roti jala. Pada bulan puasa pula beliau menjual murtabak biasa, murtabak cheese leleh dan the ais bubble. Selian terlibat dengan bidang makanan beliau huga aktif meniaga produk kesihatan. Puan Siti Nor Ainun sudah hampir 6 tahun terlibat dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM 500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000– RM2000