Azamir Global Marketing merupakan sebuah perniagaan yang diasaskan dan dimiliki oleh Puan Asmawiyah dan produk utama perniagaan ini adalah rempeyek. Puan Asmawiyah juga merupakan salah seorang usahawan aktif yang dibimbing oleh NADI di mana beliau sentiasa mengikuti dan melibatkan diri dengan kelas keusahawanan yang diadakan oleh NADI, antaranya ialah Kursus Latihan Pengendali Makanan, kelas pemasaran digital, kelas pendaftaran SSM, kelas Asas Shopee dan TikTok Shop, dan lain-lain lagi.
Puan Umi Mashitah merupakan salah seorang usahawan bimbingan NADI Merbau Pulas yang menghasilkan pelbagai jenis biskut dan kerepek, antaranya Biskut Mazola, Tart Nenas, Jejari Oat, Swiss Nutella, Kerepek Bawang dan lain-lain lagi. Mula berkecimpung dalam dunia perniagaan pada 2014 dengan Biskut Mazola dan pada tahun 2017, Umi telah mempelbagaikan lagi jenis biskut sehingga mempunyai 20-30 jenis biskut pada tahun 2023. Mula mendaftar sebagai ahli pada Oktober 2017 dan mengikuti pelbagai kelas keusahawanan dan pemasaran digital di NADI Merbau Pulas seperti TM Digital Pocket Talk dari pihak Unifibiz TM, Kursus Latihan Pengendalian Makanan, dan lain-lain lagi. Facebook dan WhatsApp adalah aplikasi yang digunakan oleh Umi Mashitah untuk memasarkan produk beliau.
Menjadi agen kepada produk kesihatan Drskinz yang mengeluarkan produk minyak zaitun dan habatussauda, selain itu menjual nasi kerabu, nasi dagang dan mengambil tempahan makanan untuk sebarang majlis.. Boleh hubungi Nor Ainun di talian 0174637471.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeId212462c323
Puan Hardila menjalankan perniagaan dalam talian produk-produk kesihatan dan kecantikan, merupakan stokis kepada pelbagai jenis produk jenis kesihatan dan kecantikan. Kini beliau juga merupakan Pengasas kepada bedak asas, two way cake Lynn Harun.Boleh hubungi Puan Hardila Binti Harun ditalian 0134676369
.
Perniagaan yang diceburi berasakan bidang kesihatan dan makanan, menjual produk kesihatan seperti mandian herba dan jamu. Selain itu menerima tempahan biskut Mazola dan simpul kasih. Boleh hubungi Nor Haslinda di talian 0194508315.
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan?limitstart=0#sigFreeId55754c52c2