Puan Umi Mashitah merupakan salah seorang usahawan bimbingan NADI Merbau Pulas yang menghasilkan pelbagai jenis biskut dan kerepek, antaranya Biskut Mazola, Tart Nenas, Jejari Oat, Swiss Nutella, Kerepek Bawang dan lain-lain lagi. Mula berkecimpung dalam dunia perniagaan pada 2014 dengan Biskut Mazola dan pada tahun 2017, Umi telah mempelbagaikan lagi jenis biskut sehingga mempunyai 20-30 jenis biskut pada tahun 2023. Mula mendaftar sebagai ahli pada Oktober 2017 dan mengikuti pelbagai kelas keusahawanan dan pemasaran digital di NADI Merbau Pulas seperti TM Digital Pocket Talk dari pihak Unifibiz TM, Kursus Latihan Pengendalian Makanan, dan lain-lain lagi. Facebook dan WhatsApp adalah aplikasi yang digunakan oleh Umi Mashitah untuk memasarkan produk beliau. 

 

440180722 3601908433403723 3996298246224858382 n   biskut mazola by umi   umi menyertai program pedi