Puan Azinda telah memulakan perniagaan pembuatan kek dan roti sejak 2 tahun lepas secara kecil-kecilan,pada mulanya perniagaan ini dijalankan dirumah sahaja dengan mengambil tempahan jiran terdekat seterusnya telah berjaya menyewa kedai kecil dikawasan Merbau Pulas pada awal tahun ini, beliau juga seterusnya menyediakan ruang niaga untuk vendor atau usahawan setempat memasarkan produk mereka.
Kini perniagaan beliau semakin berkembang dibawah bimbingan dan bantuan PI Merbau pulas, dahulunya menyewa di kedai yang agak sempit dan ruang yang terhad, tetapi kini beliau telah mampu dan berjaya menyewa di lot kedai yang lebih besar dan sempurna berdekatan dengan PI Merbau Pulas, yang lebih membanggakan lagi perniagaan, beliau kini bukan sahaja tertumpu dalam bidang bakeri sahaja tetapi juga ruang kedai barunya dijadikan sebagai kelas untuk golongan wanita melakukan aktiviti aerodance dan taekwondo bagi kanak-kanak & remaja
http://merbaupulas.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/263-dedebungaqu#sigFreeId85ded9c248