Nama: Nor Syafinaz Bt Shamsudin

Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang kecantikan dan kosmetik, bermula dengan menjadi dropship kena beliau merupakan agen sah produk SR kosmetik di daerah Kulim.

Ahli : 30 Okt 2019

Latar belakang

Cik Syafinaz bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang automotif di kawasan perindustrian Padang Meha. Beliau menceburi bidang perniagaan kosmetik bermula pada tahun 2015 sebagai dropship. Kini selepas 5 tahun bersama dengan Sr Kosmetik beliau telah bergelar agen SR kosmetik yang sah dikawasan Kulim. Beliau sangat meminati bidang solekan dan kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan tamannya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan platform media sosial seperti Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800– RM1500.

5757.jpg5656-min.jpg5577.jpg