Nama: Zarina Bt Deraman

Usahawan : Perniagaan yang diceburi berasaskan bidang makanan kesihatan iaitu produk makanan kesihatan Sunnah terdiri dari minyak zaitun da habbatus sauda. Puan Zarina deraman bermula sebagai dropship dan kini sebagai agen kepada makana kesihatan keluaran skinz company.

Ahli : 14 Ogos 2017

Latar belakang

Puan Zarina Bt Deraman merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, bagi menambah pendapatan dan mengisi masa lapang ibu anak dua ini memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi dropship produk skinz dengan menjual prduk tersebut kepada rakan-rakannya disekitar rumah serta saudara maranya. Apabila mengikuti kelas dan mendapat nasihat dari petugas PI, beliau mula menjual produk ini atas talian dan kini Berjaya menjadi agen produk skinz.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM300– RM500 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan Facebook, shopee dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.

2323.jpg2121.jpg2424.jpg