Nama: Rohani Binti Bakar
Usahawan : Pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan dijalankan antaranya menjual produk antarabangsa yang terkemuka iaitu amyway, menjadi agen julan kerusi meja batu dan menjadi agen mempromosi menjual tanah. Musim perayaan beliau juga menjual kacang pedas untuk menjana pendapatan sampingan.
Latar belakang
Puan Rohani seorang ibu tunggal yang sangat komited dalam menjana pendapatan keluarga, walaupun tidak berpelajaran tinggi namun beliau seorang yang sangat bersungguh untuk belajar dalam bidang perniagaan terutamanya dalam platform digital. Ibu tunggal ini seorang yang cekal dan bersemangat tinggi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan hasil jualan dalam lingkungan RM800– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan dan tempahan produk hanya melibatkan penduduk sekitar kawasan rumah dan tamannya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Merbau Pulas, pelanggan beliau sekarang semakin bertambah dan lebih dikenali melalui pengunaan platform media sosial seperti Facebook dan pengunaan whatsaap sebagai medium pemasaran dan promosi. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000– RM2000.