Tarikh : 06 November 2024
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Tempat : SMK Bongor, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab pengguna internet. Taklimat Safe & Shield akan memperkenalkan konsep keselamatan dalam talian, mengajar pelajar tentang tanggungjawab digital dan langkah-langkah penting untuk memastikan privasi dan keselamatan mereka terjamin semasa melayari internet. Ia juga bertujuan untuk mencipta dunia digital yang lebih baik, memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital & tabiat digital yang baik. Pengetahuan ini sangat berguna dalam melindungi diri dan orang lain di alam maya.
Aktiviti
Taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi merupakan sebuah inisiatif penting yang bertujuan untuk membentuk masyarakat celik digital. Program ini dirancang khusus untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat, beretika, dan bertanggungjawab. Dalam era digital yang semakin berkembang, taklimat seperti ini menjadi semakin relevan untuk memastikan pengguna internet memahami risiko serta tanggungjawab mereka dalam dunia maya. Antara aktiviti-aktivti yang dijalankan ialah Pengenalan NADI, Taklimat Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu, Penipuan Di Internet, Online Grooming dan Buli Siber), serta kuiz dan sesi soal jawab. Para pelajar akan mempelajari tentang Perlindungan Identiti dan Data Peribadi iaitu pelajar akan mendapat pemahaman tentang cara melindungi identiti mereka di alam maya serta kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi. Untuk menjadikan sesi lebih interaktif, pelbagai aktiviti seperti kuiz dan soal jawab turut diadakan. Kuiz ini berfungsi sebagai cara untuk menguji pemahaman peserta terhadap maklumat yang telah disampaikan, sambil menawarkan hadiah kecil sebagai motivasi. Selain itu, tayangan video kesedaran juga digunakan untuk memberi impak visual kepada peserta tentang bahaya penggunaan internet yang tidak beretika.